Thursday, October 23, 2008

A Closure With Faraesya....

Pemergianmu Faraesya dari hidupku adalah perkara yang terlalu menyeksakan di dalam sejarah diriku. For days and months these tears flow...terkapai ku di dalam kegelapan yang panjang.

Hinggalah ku diselamatkan oleh seseorang yang pada mulanya hanya bersimpati denganku. Dan di sebalik kekalutan itulah segalanya bertaut hingga akhirnya ku mengambil keputusan yang diriku sendiri tidak menyangka.

Hanya sepurnama sahaja lagi detik penyatuan 2 insan yang sama sekali tidak pernah terfikir akan bersama. Namun, jika ini kehendakNya, ku pasrah jua.

Namun, rasa cinta pada Faraesya adalah sesuatu yang abadi dan takkan dapat ditukar ganti. Ku sebenarnya hilang perkataan di dalam menaip warkah ini. Perbualan bersama Faraesya sejak sekian lama seakan menjadi satu "closure" untuk kita terus melangkah di dalm hidup ini ke arah yang masing-masing tentukan.

Kecewa....ya. Sedih...tentu sekali.

Faraesya....ku abadikan kenangan bersamamu di dalam kotak fikiranku. Kau tetap mempunyai tempat yang tertinggi di dalam hatiku.

Maybe for the last time...i love you Faraesya!